BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 4, 2013

Kesantunan Berbahasa 2

Kuliah 4
Konsep Penjagaan muka sebagai Asas Kesantunan

  • Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka
  • Muka berkait rapat dengan maruah diri
  • Penciptaan peribahasa seperti muka tembok,muka tarpal atau muka bantal yang ditujukan kepada seseorang yang tidak tidak tahu malu menunjukkan orang melayu sangat mementingkan "malu" atau "air muka"
  • Konsep malu atau lebih betul digelar sebagai Konsep Penjagaan Muka menjadi asas didikan anak dalam masyarakat Melayu
  • Seseorang patut mengelakkan dirinya daripada menerima malu atau memberi malu kepada orang lain
  • Malu itu bukan sahaja melibatkan perasaan sendiri tetapi juga sesuatu tindakan yang boleh memalukan keluarga dan masyarakat
  • Sebagai contoh,jika seseorang gadis mengandung sebelum kahwin atau nikah,tindakannya dianggap tidak sopan kerana telah melanggar adat masyarakat.Keadaan ini bukan sahaja memalukan diri sendiri,malah ahli keluarga juga dianggap tidak bermaruah

  • Selain itu,perkataan yang diujarkan perlu santun dan tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh memalukan diri,keluarga dan pihak lain
  • Oleh itu,penggunaan perkataan dalam kehidupan harian perlu dikawal.

0 comments: