BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 7, 2013

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 3 ( KULIAH & TUTORIAL & ISL )

KULIAH 8
KESANTUNAN PENULISAN

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang

Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.Sebagai contoh : 

  • Surat kiriman rasmi
  • Laporan
  • Kertas kerja
  • Ucapan rasmi
  • Pidato
  • Minit mesyuarat


Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa 

Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:

  • Penggunaan kata panggilan yang betul
  • Kata sapaan yang betul
  • Gaya bahasa yang tepat
  • Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  • Isi yang tidak sensitif

TUTORIAL 8 / ISL 8 
MENGANALISIS CONTOH KESANTUNAN DALAM PELBAGAI BAHAN PENULISAN


Contoh kesantunan dalam novel Virus Zel untuk Abah
  • ü  Win memanggil Awi dengan gelaran Abang Awi sebagai penghormatan.

  • ü  Abah Zel tidak berasa kekok dan tidak melupakan kesantunan.Dia mencium tangan bekas isterinya ketika memberi salam

  • ü  Sebagai seorang ibu tunggal dan “career woman” , Mama Zel tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah dengan nilai hidup Islamiknya tetap  disempurnakan.Sebagai contoh,dia masih setia dengan tudung litupnya walau ke mana sekalipun.

  • ü  Zel memanggil ibu tirinya sebagai Aunt Sarifah dan abang tirinya sebagai Abang Awi.

  • ü  Win dan Zel tidak melakukan apa-apa yang tidak sopan walaupun Win ialah rakan rapat Zel

  • ü  Win memujuk dan menasihat Zel supaya tidak melaksanakan dendam terhadap Abah dengan nada dan bahasa yang sopan serta tegas.

  • ü  Zel tetap menghormati Abahnya dan Aunt Sarifah walaupun mereka tidak tinggal bersama-sama

  • ü  Walaupun Zel menaruh perasaan dendam terhadap abahnya namun dia tetap tidak sesekali menderhaka kepadanya melalui pertutuan mahupun tingkah laku

ccontoh lain:


Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya?”          
Err … . Tidak ada apa-apa. Sayasaya cuma mengagumi saudara.”                                                                                
                            - Cerpen Idola, Zaen Kasturi
Dialog di atas adalah perbualan antara si hero dan si penjaga panggung.
Penggunaansaudarauntuk memanggil satu sama lain menunjukkan  bahawa mereka baru berkenalan antara satu sama lain dan bersopan santun ketika berucap.

Sunday, October 6, 2013

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 2 ( KULIAH & TUTORIAL )

KULIAH 7
KESANTUNAN LISAN

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta

Aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

Dari segi bahasa:

  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
  • Suara dan intonasi yang sopan
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
  • Penggunaan sistem panggilan yang betul
  • Gaya bahasa yang sesuai
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif


Dari segi bahasa tubuh badan :

  • Gaya percakapan yang sopan
  • Pandangan mata yang sesuai
  • Gerak laku yang bertatasusila
  • Mimik muka yang positif
  • Hayunan tangan yang sesuai
  • Imej diri



Komunikasi secara lisan terdapat dalam dua bentuk iaitu secara rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal)

  • Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato dan forum
  • Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi dan perbualan di majlis kenduri
Kedua-dua bentuk ini mempunyai peraturan masing-masing


TUTORIAL 7
MEREKA DAN MELAKONKAN SKRIP DIALOG 

Situasi : Cik A menemui Cik B di Klinik Dinamik.

A : Apa khabar Cik B?
B : Khabar baik.Mengapakah anda berada di sini?jumpa doktor?sakitkah?
A : Yala,dah batuk dan selesema beberapa hari. Agak-agak lebih cepat sembuh selepas makan ubat doktor.Saudari pula? Sakit juga kah?
B : Sakit tetapi bukan saya yang sakit.Anak saya, Hamid yang sakit.Dia demam sejak kelmarin. Hamid, mai panggil kakak.
Hamid : Kak.
A : takpa takpa. Adik sakit, duk je la.
B : Dah sampai nombor saya. Jumpa lagi ya Cik B. Semoga anda sembuh cepat.
A : Doa kepada anak saudari juga.

ULASAN : 
  • A telah menunjukkan kesantunan dengan memberi salam dahulu kepada Cik B
  • Begitu juga dengan Hamid yang memanggil Cik A sebagai kakak.
  • B menamatkan dialog dengan sopan kerana telah sampai gilirannya.
  • B berdoa supaya A sembuh dalam masa yang pendek juga menunjukkan kesantunan
  • Begitu juga dengan A

Monday, September 30, 2013

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 1 ( KULIAH & TUTORIAL & ISL )

KULIAH 6
KESANTUNAN VERBAL DAN NON-VERBAL

Kesantunan verbal ialah komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab

Aspek-aspek kesantunan verbal
1. Cara sapaan lisan/bertulis dengan bahasa Melayu dengan sopan santun dan tidak biadap
2. Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa
3. Sistem sapaan dan panggilan tersendiri
4. Mempunyai ciri-ciri tertentu.Penggunaan kosa kata diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan
5. Termasuk juga bahasa istana seperti berangkat, bersiram dan bercemar duli.
6. Sistem panggilan kekeluargaan
7. Gelaran Pergaulan Tak bersahaja ( formal )
8. Gelaran warisan
9. Gelaran kurniaan

Kesantunan non verbal ialah kumunikasi bahasa tanpa kata-kata atau menggunakan bahasa tubuh secara sopan dan tidak biadap.
Bahasa tubuh dirujuk kepada proses menyampaikan mesej melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.

Aspek-aspek kesantunan non-verbal
1. Gerakan anggota badan seperti isyarat gerakan tangan, isyawat air muka dan bahasa tubuh
2. Gerakan mata
3. Gerakan tangan
4. Mimik Muka

TUTORIAL 6
SIMULASI YANG MENUNJUKKAN AMALAN KESANTUNAN VERBAL DAN NON VERBAL

Contoh kesantunan Verbal
i. bertanya khabar atau memberi salam apabila bertemu dengan kawan. Sebagai contoh " apa khabar", "assalamualaikum", "Sila duduk"
ii. panggilan kekeluargaan atau panggilan berdasarkan usia: 
       "pakcik--untuk lelaki yang agak sebaya dengan ayah sendiri"
       "makcik--untuk wanita yang sebaya dengan emak sendiri"
       " kakak--untuk wanita yang tidak setua emak sendiri dan tidak semuda sendiri"
       "pak long, pak ngah, Mak su, kak long, mak mentua"
iii. Gelaran formal seperti " tuan", "encik". "saudara"

Contoh kesantunan nonverbal
i. gerakan mata

  • mata yang bergerak sana sini menunjukkan tidak berminat
  • mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ii. gerakan tangan
  • jari telunjuk diletakkan di depan mulut yang bermakna tolong diam
  • huruf "v" dengan jari yang menunjukkan keamanan
iii. mimik muka
  • berkedut dahi menunjukkan dia tidak kesabaran dengan orang lain

ISL 6 

Saturday, September 7, 2013

KESANTUNAN BERBAHASA 3 ( ISL 5 )

KESANTUNAN BERBAHASA 3



KULIAH 5
KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

  • Kesantunan yang bergantung pada budaya / perbuatan dalam masyarakat masing- masing
  • Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja
  • Pemahaman tentang apa-apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi
  • KOMUNIKASI SILANG BUDAYA = proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya

  • Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan


  • Setiap budaya mempunyai tanggapan masing- masing mengenai apa-apa yang betul / salah

  • Sebagai contoh, pandangan mata orang tua ketika berkomunikasi adalah tidak sopan ; manakala dalam budaya barat jika tidak memandang mata orang lain ketika berkumunikasi, seseorang itu menyimpan sesuatu muslihat atau mencuba untuk menyembunyikan sesuatu.
  • Dalam masyarakat Melayu,layanan kepada tetamu adalah diutanakan walaupun sibuk
  • Tetapi jika keadaan ini berlaku di Korea,orang Korea akan menyuruh tetamu yang datang itu balik.Kalau ini berlaku dalam masyarakat Melayu,akan menimbul perasaan kecil hati.
  • Kesantunan bersilang budaya sangat penting terutamanya dalam masyarakat majmuk.
  • Perpaduan dapat dicapaikan jika semua kaum memahami budaya setiap kaum.


TUTORIAL 5
KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA DENGAN MERUJUK KEPADA KONTEKS MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam masyarakat cina dan india,budi bahasa merujuk kepada kesopanan dan kesantunan dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Contoh Kesantunan dalam masyarakat Melayu:
Ø   Berpegang kuat pada adat resam dan agama
Ø   Memberi salam apabila bersua
Ø   Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
Ø   Berkata sopan.
Ø   Mematuhi sistem panggilan.
Ø   Melayan tetamu dengan baik

Ø   Menghormati orang tua

Contoh Kesantunan dalam masyarakat Cina :
uTunduk ketika memberi salam.

uOrang tua makan dahulu

uTunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu sebelum bermula makan

uDalam tokong, tidak membenarkan memakai topi.

uMenanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah



Contoh Kesantunan dalam Masyarakat India

ØDuduk bersila semasa makan

ØTidak membazirkan makanan.

ØSenyap semasa bersembahyang

ØMenangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil

ØMematuhi adat dan resam

ØSalam orang yang lebih tua.



Pantun Budi

Payah kami menabur padi,
Nenas juga ditanam orang;
Payah kami menabur budi,
Emas juga dipandang orang.




Tinggi bukit gilang-gemilang,

Air laut tenang-tenangan;

Budi sedikit tidakkan hilang,

Itu menjadi kenang-kenangan.



Jentayu burung jentayu,

Hinggap dibalik pokok mayang;

Bunga kembang akan layu,

Budi baik bilakan hilang.



Biarlah orang bertanam buluh,

Mari kita bertanam padi;

Biarlah orang bertanam musuh,

Marilah kita bertanam budi.



Ayam jantan siayam jalak,

Jaguh Siantan nama diberi;

Rezeki tidak saya tolak,

Musuh tidak saya cari.



Jikalau kita bertanam padi,

Senanglah makan adik-beradik;

Jikalau kita bertanam budi,

Orang yang jahat menjadi baik.



Baik-baik makan keladi,

Keladi itu ada miangnya;

Baik-baik termakan budi,

Budi itu ada hutangnya.



Buah nenas bawa berlayar,

Dimakan sebiji di Tanjung Jati;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.



Tenanglah tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.



Cindai bercorak penuh berpita,

Pakaian anak Panglima Garang;

Emas dan perak pengaruh dunia,

Budi yang baik dijunjung orang.

Jangan suka mencabut padi,

Bila dicabut hilang buahnya;

Jangan suka menyebut budi,

Bila disebut hilang tuahnya.


Kalau keladi sudah ditanam,

Jangan lagi meminta talas;

Kalau budi sudah ditanam,

Jangan lagi meminta balas.


Singgah ke pulau menggali ubi,

Kalau ke beting berdayung juga;

Sepuluh kali kita berbudi,

Kalau miskin terbuang juga.


Sudah lama memakai gelang,

Gelang berukir sirama-rama;

Harimau mati meninggalkan belang,

Manusia mati meninggalkan nama.


Mati kayu karena benalu,

Patah layu dahannya mati;

Mati Melayu karena malu,

Kalah Melayu termakan budi


Mencari ikan belida,

Terpancing pula si ikan keli;

Buat baik berpada-pada,

Buat jahat jangan sekali.


Jauh sungguh pergi mandi,

Setapak jalan lewatkan huma;

Berat sungguh menanggung budi,

Seribu tahun takkan lupa.



Ragi pulut dalam kati,

Tapai manis dalam kuali;

Selagi hidup dalam pekerti,

Sampailah mati dalam budi.