KULIAH 8
KESANTUNAN PENULISAN
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang
Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.Sebagai contoh :
- Surat kiriman rasmi
- Laporan
- Kertas kerja
- Ucapan rasmi
- Pidato
- Minit mesyuarat
Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa
Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
- Penggunaan kata panggilan yang betul
- Kata sapaan yang betul
- Gaya bahasa yang tepat
- Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
- Isi yang tidak sensitif
TUTORIAL 8 / ISL 8
MENGANALISIS CONTOH KESANTUNAN DALAM PELBAGAI BAHAN PENULISAN
Contoh kesantunan dalam novel Virus
Zel untuk Abah
- ü Win memanggil Awi dengan gelaran Abang Awi sebagai penghormatan.
- ü Abah Zel tidak berasa kekok dan tidak melupakan kesantunan.Dia mencium tangan bekas isterinya ketika memberi salam
- ü Sebagai seorang ibu tunggal dan “career woman” , Mama Zel tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah dengan nilai hidup Islamiknya tetap disempurnakan.Sebagai contoh,dia masih setia dengan tudung litupnya walau ke mana sekalipun.
- ü Zel memanggil ibu tirinya sebagai Aunt Sarifah dan abang tirinya sebagai Abang Awi.
- ü Win dan Zel tidak melakukan apa-apa yang tidak sopan walaupun Win ialah rakan rapat Zel
- ü Win memujuk dan menasihat Zel supaya tidak melaksanakan dendam terhadap Abah dengan nada dan bahasa yang sopan serta tegas.
- ü Zel tetap menghormati Abahnya dan Aunt Sarifah walaupun mereka tidak tinggal bersama-sama
- ü Walaupun Zel menaruh perasaan dendam terhadap abahnya namun dia tetap tidak sesekali menderhaka kepadanya melalui pertutuan mahupun tingkah laku
ccontoh lain:
“Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya?”
“Err … . Tidak ada apa-apa. Saya … saya cuma mengagumi saudara.”
- Cerpen Idola, Zaen Kasturi –
Dialog di atas adalah perbualan antara si hero dan si penjaga panggung.
Penggunaan “saudara” untuk memanggil satu sama lain menunjukkan bahawa mereka baru berkenalan antara satu sama lain dan bersopan santun ketika berucap.
0 comments:
Post a Comment