KULIAH 7
KESANTUNAN LISAN
Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta
Aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
Dari segi bahasa:
- Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
- Suara dan intonasi yang sopan
- Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
- Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
- Penggunaan sistem panggilan yang betul
- Gaya bahasa yang sesuai
- Isi perbincangan yang tidak sensitif
Dari segi bahasa tubuh badan :
- Gaya percakapan yang sopan
- Pandangan mata yang sesuai
- Gerak laku yang bertatasusila
- Mimik muka yang positif
- Hayunan tangan yang sesuai
- Imej diri
Komunikasi secara lisan terdapat dalam dua bentuk iaitu secara rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal)
- Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato dan forum
- Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi dan perbualan di majlis kenduri
Kedua-dua bentuk ini mempunyai peraturan masing-masing
TUTORIAL 7
MEREKA DAN MELAKONKAN SKRIP DIALOG
Situasi : Cik A menemui Cik B di Klinik Dinamik.
A : Apa khabar Cik B?
B : Khabar baik.Mengapakah anda berada di sini?jumpa doktor?sakitkah?
A : Yala,dah batuk dan selesema beberapa hari. Agak-agak lebih cepat sembuh selepas makan ubat doktor.Saudari pula? Sakit juga kah?
B : Sakit tetapi bukan saya yang sakit.Anak saya, Hamid yang sakit.Dia demam sejak kelmarin. Hamid, mai panggil kakak.
Hamid : Kak.
A : takpa takpa. Adik sakit, duk je la.
B : Dah sampai nombor saya. Jumpa lagi ya Cik B. Semoga anda sembuh cepat.
A : Doa kepada anak saudari juga.
ULASAN :
- A telah menunjukkan kesantunan dengan memberi salam dahulu kepada Cik B
- Begitu juga dengan Hamid yang memanggil Cik A sebagai kakak.
- B menamatkan dialog dengan sopan kerana telah sampai gilirannya.
- B berdoa supaya A sembuh dalam masa yang pendek juga menunjukkan kesantunan
- Begitu juga dengan A
0 comments:
Post a Comment