BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 7, 2013

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 3 ( KULIAH & TUTORIAL & ISL )

KULIAH 8
KESANTUNAN PENULISAN

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang

Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.Sebagai contoh : 

  • Surat kiriman rasmi
  • Laporan
  • Kertas kerja
  • Ucapan rasmi
  • Pidato
  • Minit mesyuarat


Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa 

Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:

  • Penggunaan kata panggilan yang betul
  • Kata sapaan yang betul
  • Gaya bahasa yang tepat
  • Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  • Isi yang tidak sensitif

TUTORIAL 8 / ISL 8 
MENGANALISIS CONTOH KESANTUNAN DALAM PELBAGAI BAHAN PENULISAN


Contoh kesantunan dalam novel Virus Zel untuk Abah
  • ü  Win memanggil Awi dengan gelaran Abang Awi sebagai penghormatan.

  • ü  Abah Zel tidak berasa kekok dan tidak melupakan kesantunan.Dia mencium tangan bekas isterinya ketika memberi salam

  • ü  Sebagai seorang ibu tunggal dan “career woman” , Mama Zel tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah dengan nilai hidup Islamiknya tetap  disempurnakan.Sebagai contoh,dia masih setia dengan tudung litupnya walau ke mana sekalipun.

  • ü  Zel memanggil ibu tirinya sebagai Aunt Sarifah dan abang tirinya sebagai Abang Awi.

  • ü  Win dan Zel tidak melakukan apa-apa yang tidak sopan walaupun Win ialah rakan rapat Zel

  • ü  Win memujuk dan menasihat Zel supaya tidak melaksanakan dendam terhadap Abah dengan nada dan bahasa yang sopan serta tegas.

  • ü  Zel tetap menghormati Abahnya dan Aunt Sarifah walaupun mereka tidak tinggal bersama-sama

  • ü  Walaupun Zel menaruh perasaan dendam terhadap abahnya namun dia tetap tidak sesekali menderhaka kepadanya melalui pertutuan mahupun tingkah laku

ccontoh lain:


Saudara, apa sebenarnya yang ingin saudara dapatkan daripada saya?”          
Err … . Tidak ada apa-apa. Sayasaya cuma mengagumi saudara.”                                                                                
                            - Cerpen Idola, Zaen Kasturi
Dialog di atas adalah perbualan antara si hero dan si penjaga panggung.
Penggunaansaudarauntuk memanggil satu sama lain menunjukkan  bahawa mereka baru berkenalan antara satu sama lain dan bersopan santun ketika berucap.

Sunday, October 6, 2013

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 2 ( KULIAH & TUTORIAL )

KULIAH 7
KESANTUNAN LISAN

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta

Aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

Dari segi bahasa:

  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
  • Suara dan intonasi yang sopan
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
  • Penggunaan sistem panggilan yang betul
  • Gaya bahasa yang sesuai
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif


Dari segi bahasa tubuh badan :

  • Gaya percakapan yang sopan
  • Pandangan mata yang sesuai
  • Gerak laku yang bertatasusila
  • Mimik muka yang positif
  • Hayunan tangan yang sesuai
  • Imej diri



Komunikasi secara lisan terdapat dalam dua bentuk iaitu secara rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal)

  • Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato dan forum
  • Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi dan perbualan di majlis kenduri
Kedua-dua bentuk ini mempunyai peraturan masing-masing


TUTORIAL 7
MEREKA DAN MELAKONKAN SKRIP DIALOG 

Situasi : Cik A menemui Cik B di Klinik Dinamik.

A : Apa khabar Cik B?
B : Khabar baik.Mengapakah anda berada di sini?jumpa doktor?sakitkah?
A : Yala,dah batuk dan selesema beberapa hari. Agak-agak lebih cepat sembuh selepas makan ubat doktor.Saudari pula? Sakit juga kah?
B : Sakit tetapi bukan saya yang sakit.Anak saya, Hamid yang sakit.Dia demam sejak kelmarin. Hamid, mai panggil kakak.
Hamid : Kak.
A : takpa takpa. Adik sakit, duk je la.
B : Dah sampai nombor saya. Jumpa lagi ya Cik B. Semoga anda sembuh cepat.
A : Doa kepada anak saudari juga.

ULASAN : 
  • A telah menunjukkan kesantunan dengan memberi salam dahulu kepada Cik B
  • Begitu juga dengan Hamid yang memanggil Cik A sebagai kakak.
  • B menamatkan dialog dengan sopan kerana telah sampai gilirannya.
  • B berdoa supaya A sembuh dalam masa yang pendek juga menunjukkan kesantunan
  • Begitu juga dengan A