BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 10, 2013

KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA 1


KULIAH 1


  • Budi bahasa terdiri daripada gabungan perkataan "budi" dan "bahasa".

  • Mengikut kamus dewan,"budi" ialah akal atau kebijaksanaan.
  • "Bahasa" pula dirujuk kepada alat komunikasi yang berupa system lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia. 
  • Berbudi bahasa - menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik,pertuturan yang baik ; sopan
  • Budi bahasa unsur penting dalam masyarakat Melayu yang diasaskan daripada tingkah laku dan penggunaan kata=kata yang dipilih dengan cermat.

Tutorial 1
(Contoh Budi Bahasa dalam Masyarakat India)

ü  Jika kita ingin berkunjung ke rumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah.

ü  Tetamu biasanya melangkah ke dalam rumah dengan kaki kanan dahulu.
ü  Adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka.
ü  Apabila tetamu berkunjung ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.
ü  Tetamu perlu disajikan dahulu sebelum tuan rumah menjamu selera
ü  Jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran
ü  Mengucapkan terima kasih selepas menerima bantuan atau hadiah orang lain
ü  Memanggil orang tua dengan panggilan sesuai seperti  “ pak cik , mak cik , kak ngah, pak lang ”



ISL 1
(Contoh Budi Bahasa dalam drama Melayu)

Drama Puteri Li Po
Contoh budi bahasa dalam drama

  • Puteri Hang Li Po belajar tatacara budi bahasa menghadap baginda Sultan sewaktu menerima anugerah kehormat Hang dan latihan penganugerahan tersebut.
  • Hang Jebat menolak kecintaan Puteri Hang Li Po.Semasa ketiadaan Sultan Mansor Syah,dengan diam-diam Puteri Hang Li Po amat tertarik dan menaruh perasaan cinta terhadap Hang Jebat.Namun Hang Jebat agak keberatan untuk membalas percintaan beliau kerana sifat kesetiaannya terhadap Sultan Mansoh Syah tidak berbelah lagi.
  • Sultan Mansoh Syah akur terhadap permintaan Puteri Hang Li Po untuk berkirim salam kepada ayahandanya di China walaupun takut ketulahan.Beliao berbuat demikian untuk mengelakkan perbalahan dengan Puteri Hang Li Po dan salah satu perbuatan yang menghormati isterinya.
  • Kembang Cina,Andam dan dayang-dayang yang lain sangat setia dan menghormati Tuan Puteri sehingga mereka tidak berani mengambil makanan yang belum dijamah oleh orang raja.

0 comments: